Bekal lembu betina: 5 termasuk 3 penjawat awam ditahan SPRM

JOHOR BAHRU:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima individu, termasuk tiga penjawat awam kerana disyaki bersubahat mengemukakan dokumen matan palsu bagi memperoleh bayaran berkaitan tuntutan bekalan lembu betina daripada sebuah badan berkanun kira-kira RM200,000. 

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an ditangkap berasingan hari ini ketika hadir memberi keterangan di SPRM Segamat antara pukul 11 pagi  hingga 2 petang.

“Berdasarkan siasatan awal kesemua suspek disyaki bersubahat dengan memperakukan dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan bayaran bekalan lembu betina kepada sebuah badan berkanun di salah sebuah daerah di negeri Johor yang berjumlah kira-kira RM200,000 sedangkan pembekalan tersebut tidak dilakukan.

“Kesemua suspek yang juga terdiri daripada seorang pemilik dan pengurus syarikat  dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Febuari 2023,” katanya.

Sementara itu,  Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Sekyen 18 Akta SPRM 2009.

Tiga daripada lima suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok untuk permohonan reman. – Majestic

More From Author

Meritokrasi jadi asas proses saringan UPU ke Universiti Awam

Bekal lembu betina: 5 termasuk 3 penjawat awam direman 6 hari