JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyarankan semua masjid dan surau mengadakan doa selamat dan solat hajat susulan gempa bumi yang melanda daerah Segamat awal pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, doa selamat dan solat hajat itu bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat dan negeri Johor.
‘Semoga Allah memelihara keselamatan kita semua. Aamin,” katanya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.
Awal pagi tadi dan sehingga pukul 11 pagi ini, daerah Segamat mengalami dua gegaran kecil pada pukul 6.13 pagi dan 9.02 pagi. – Majestic
