Nurul Izzah turut sertai bantahan, perarakan peguam

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar turut hadir menyertai perhimpunan peguam mempertahankan badan kehakiman di Putrajaya hari ini.

Dengan berbaju kurung ungu, beliau yang ditemani suami, Yin Shao Loong dilihat berada dalam kalangan peserta demonstrasi yang memegang sepanduk bertulis “Walk the talk, judicial independence“.

Kumpulan peguam hari mengadakan perarakan dari Istana Kehakiman ke bangunan Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum empat tuntutan mereka.

Antara tuntutan mereka adalah pengisian kekosongan jawatan kehakiman tertinggi, pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini, menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan campur tangan kehakiman dan menangani kekosongan kehakiman secara menyeluruh. – UTUSAN

More From Author

Bas terbalik, ibu dan anak cedera

Pemuda AMANAH, PAS bantah pencalonan Adams sebagai duta baharu AS ke Malaysia