Bas terbalik, ibu dan anak cedera

HULU SELANGOR: Sebuah bas terbalik di Jalan Tulip 3, Bukit Sentosa, di sini hari ini menyebabkan dua beranak cedera.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi dengan dua penumpang yang cedera itu membabitkan seorang wanita, 38, dan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kedua-dua mangsa itu cedera ringan, manakala pemandu bas berusia 57 tahun dan seorang remaja lelaki, 17, tidak cedera.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi. – BH

More From Author

Tiga suspek ‘clean’ tumpas angkara bunga

Nurul Izzah turut sertai bantahan, perarakan peguam