JOHOR BAHRU: Tiga termasuk dua murid dan pemandu cedera apabila van sekolah yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di susur keluar Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.
Mujur 19 murid lain dan pemandu treler berkenaan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian pukul 1.10 petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Azizi Zakaria berkata, van sekolah itu tersepit di bahagian belakang treler yang membawa muatan simen.
“Pemandu van sekolah, wanita berusia 45 tahun cedera akibat tersepit, manakala seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan turut cedera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas, manakala yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Murid-murid yang selamat telah diserahkan kepada keluarga masing-masing. – Majestic
