Johari jalankan tugas, fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan ringkas, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepada Jemaah Menteri yang bersidang Rabu lalu bahawa beliau bersetuju supaya Johari menjalankan tugas-tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta.

Pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa 4 Julai lalu.

Ia menyusuli kira-kira tiga jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan pada hari sama, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Biarpun ada saranan yang meminta Nik Nazmi untuk tidak meneruskan hasrat meletak jawatan, beliau kekal dengan pendiriannya untuk melepaskan tugas sebagai anggota Kabinet.

More From Author

Hujan lebat di Gunung Kinabalu: Semua 155 pendaki selamat turun lepasi air deras

Pemandu, 22 pekerja cedera bas terbabas ke longkang