PONTIAN: Seorang wanita memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang namanya tercatat dalam sijil kelahiran anak angkatnya, Nur Aini Hannani Abdullah yang kini berusia lapan tahun.
Marzianah Abdullah, 47, memerlukan surat pengesahan daripada lelaki tersebut, Norazam Sharifudin, 31, bagi membolehkan Nur Aini Hannani diambil sebagai anak angkatnya yang sah.
“Walaupun telah menerima surat penyerahan darpadai ibu Nur Aini Hannani, Mariani Abdullah, 34, namun pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih memerlukan surat daripada lelaki tersebut.
“Nur Aini Hannani dserahkan oleh ibunya yang juga adik kandung saya ketika berusia tiga tahun kerana tidak mampu untuk memeliharnya,” katanya kepada Majestic di Jalan Parit Uda, Kampung Serkat Timur, Tanjung Piai, dekat sini.
Menurutnya, Mariani telah bercerai dengan Norazam pada 10 Januari 2022 dan selepas penceraian itu Norazam bertukar tempat tinggal.
“Norazam juga tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan dikatakan berasal dari sebuah Felda di Kota Tinggi,” katanya.
Memandangkan Nur Aini Hannani akan berusia 12 tahun empat tahun lagi bagi mendapatkan kad pengenalan, pengesahan surat daripada lelaki tersebut amat diperlukan.
“Hannani kini belajar pada tahun dua di Sekolah Kebangsaan Serkat, kira-kira tiga kilometer dari rumah saya,” katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.
Orang ramai yang mengetahui di mana Norazam berada boleh menghubunginya menerusi talian 019-7788756. – Majestic
