Amanah mahu tanding solo di DUN Kota Iskandar, Skudai

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Iskandar Puteri berpendirian  bahawa Pakatan Harapan (PH) wajar bertanding secara solo di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar dan DUN Skudai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketuanya, Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan kawasan tersebut pada 20 Julai lalu.

Pihaknya juga sedia berdepan saingan tiga penjuru di dua kerusi terbabit dalam PRN Johor nanti.

“Tindakan itu sama sebagaimana dilakukan ketika PRN Johor terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata, langkah tersebut merupakan kesungguhan pihaknya dalam memperkukuhkan kedudukan Amanah Johor serta PH di kawasan strategik berkenaan.

“Sebarang rundingan politik dalam PRN Johor akan datang mestilah mengambil kira kekuatan akar umbi dan kemampuan calon di setiap kawasan DUN negeri ini.

“Amanah akan berjuang membawa agenda perpaduan rakyat, melakukan reformasi terhadap institusi dan merencana pembangunan mampan demi kesejahteraan rakyat,” katanya. – Majestic

More From Author

Tiga maut nahas dua kenderaan dekat Tapah

Nak kurus, jom ketawa