Tiket grandstand, premium Harimau Malaya lawan Vietnam habis dijual

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara dijangka mendapat sokongan padu ketika menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiket untuk aksi berkenaan bagi kategori grandstand dan premium telah habis terjual.

“Tiket grandstand dan premium telah habis terjual. Ayuh penyokong Harimau Malaya, tiket tempat duduk terbuka RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) masih boleh dibeli.

“Jom kita penuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini,” kata FAM dalam kenyataan, hari ini.

Sehingga semalam sebanyak 29,400 tiket telah berjaya dijual dan dijangkakan jumlah tersebut akan terus meningkat pada hari perlawanan.

Skuad Harimau Malaya berdepan tugas getir perlu melakar kemenangan ke atas Vietnam dalam aksi Kumpulan F bagi mencerahkan peluang kerana hanya juara kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi. – MN

More From Author

Trump kerah 2,000 Pengawal Nasional ke Los Angeles susulan protes

Ungu pilih Kuala Lumpur adakan konsert orkestra