Ungu pilih Kuala Lumpur adakan konsert orkestra

KUALA LUMPUR: Ibu negara Malaysia telah dipilih sebagai lokasi konsert orkestra penuh pertama Ungu, sempena ulang tahun ke-29 penubuhan kumpulan dari Indonesia itu.

Konsert anjuran AVG Entertainment bertemakan ’29th Anniversary – Symphony of Ungu’ bakal berlangsung pada 12 Julai depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Vokalisnya, Pasha meluahkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat di Malaysia yang dianggap seperti rumah kedua buat mereka.

Katanya, setiap kali mereka membuat persembahan, suasana yang dirasai begitu istimewa, seolah-olah seperti pulang ke kampung halaman.

“Setiap kali kami tampil di Malaysia, suasana terasa sangat istimewa. Macam balik kampung.

“Peminat di sini selalu beri tenaga luar biasa yang buat kami ingin kembali lagi dan lagi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Konsert kali ini turut disifatkan sebagai detik penting dalam perjalanan seni Ungu.

Tiket bagi menyaksikan konsert ini sudah mula dijual menerusi laman web www.ticket2u.com.my.

More From Author

Tiket grandstand, premium Harimau Malaya lawan Vietnam habis dijual

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam ini