ISKANDAR PUTERI: Siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Polis Negara masih menjadi teka-teki.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan-akan memberi gambaran masih belum menyerahkan senarai nama kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
“O ya…Istana bagitau dah?,” soalnya semula terhadap soalan daripada pemberita adakah benar tentang khabar yang mengadakan beliau telah menyerahkan senarai nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Ditanya adakah senarai itu telah diserahkan, Anwar hanya menjawab: “Nanti saya akan tanya Agong.”
Siapa pengganti Tan Sri Razarudin Husain yang bakal tamat tempoh perkhidmatan kontraknya pada 22 Jun ini terus menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat.
Antara nama yang disebut-sebut bakal dilantik ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, 59, yang memang jawatan itu sejak 23 Jun 2023.
Selain Ayob Khan, turut disebut-sebut ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalid Ismail.
