Rossana dilantik jadi ‘tok ketua’ ganti arwah suami

Oleh Maznah Mohd Arsad 

MERSING: Biasanya ketua kampung diñantik dalam kalangan lelaki.

Namun, seiring peredaran zaman, kini ramai wanita turut dilantik menjadi ‘tok ketua’.

Antaranya, Rossana Hussin, 56, yang dilantik menjadi Ketua Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi berkuat kuasa Mei lalu hingga tahun 2027.

Rossana telah mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah. 

Dengan perlantikan tersebut, beliau kini berkhidmat kepada kira-kira 150 penduduk, iaitu penduduk Tanjung Balang dan sebuah kampung rangkaian, Kampung Pasir Panjang.

Beliau yang merupakan anak jati Pulau Tinggi dilantik sebagai ketua kampung, bagi menggantikan suaminya, Rahman Ali, 71, atau lebih dikenali sebagai Tok Mok yang meninggal dunia pada November 2023.

Antara faktor pemilihan Rossana sebagai ketua kampung kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas termasuk menjadi setiausaha ketua kampung selama 20 tahun, semasa suaminya memegang jawatan berkenaan.

Beliau merupakan wanita kedua yang dilantilk menjadi ketua kampung di negeri ini selepas Sabina Mohd  Seth yang kini masih berkhidmat di Kampung Pulau Aur. 

More From Author

Mahasiswa UMS bakar karikatur Anwar tidak dibuang universiti 

Warga emas culik budak, larikan kereta tukar pengakuan kerana keliru