Mahasiswa UMS bakar karikatur Anwar tidak dibuang universiti 

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat dalam insiden membakar karikatur menyerupai dirinya di Kota Kinabalu, Ahad lalu, tidak diambil tindakan dibuang universiti. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

“Perdana Menteri berpesan agar pelajar UMS yang terlibat insiden baru-baru ini tidak dibuang universiti. 

“Bagi Anwar, mereka mungkin membuat kesilapan tetapi masa depan dan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan,” katanya menerusi akaun media sosial itu.
 

More From Author

Pemuda maut Honda Stream bergesel lori sebelum bertembung trak pikap

Rossana dilantik jadi ‘tok ketua’ ganti arwah suami