Pesawat TUDM tergelincir, KIA tutup landasan utama

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pengangkut milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), pagi tadi.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden telah mengakibatkan landasan utama lapangan terbang terbabit terpaksa ditutup sementara.

MAHB selaku pengendali lapangan terbang berkata, langkah itu diambil berikutan pesawat jenis CN-235 tergelicir di landasan berkenaan sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

“Landasan di KIA kini ditutup bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan pesawat TUDM dan pembersihan landasan. Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan ini dijangka berterusan sehingga jam 3.00 petang hari ini.

“Sepanjang tempoh penutupan ini, semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, pihak MAHB menyarankan agar penumpang-penumpang menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.

“Pihak lapangan terbang akan memberikan maklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya lagi. – MN

More From Author

Perbicaraan kes pecah amanah RM8 juta Vivy Yusof, suami bermula 13 April 2026

Diberkas proses, edar RM6.8 juta dadah