LONDON: Usaha juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool untuk mendapatkan bintang Jerman, Florian Wirtz terbantut selepas tawaran kelab tersebut ditolak.
Liverpool menjadikan pemain berusia 22 tahun itu sasaran utama apabila dengan berani menawarkan wang mencecah RM633.78 juta.
Bagaimanapun, laporan dari Jerman mendakwa, tawaran berkenaan telah ditolak oleh Bayern Leverkusen sekali gus mencetuskan tanda tanya apakah Wirtz akan ke Munich?
Manchester City turut menjadikan pemain itu sebagai sasaran dengan jurulatih Pep Guardiola melihat Wirtz pengganti kepada Kevin De Bruyne. – AGENSI