Kegembiraan dua beradik bertukar tragedi

MERSING: Kegembiraan dua beradik mandi-manda ketika pulang ke kampung sempena cuti sekolah bertukar tragedi apabila mereka diitemukan lemas di Pulau Mentigi, dekat sini petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Malaysia Rescue Sub  Centre (MRSC) Johor tentang kejadian itu pukul 4.25 petang semalam dan Bot Perkasa 44 digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat.

“Menurut maklumat yang diterima, mangsa pertama, Nur Awatif Udaima Mohd. Hisam, 15, telah dijumpai di lokasi mangsa dilaporkan lemas oleh komuniti berdekatan pada pukul 4.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Bot Perkasa 44 dan komuniti pulau telah meluaskan sektor pencarian untuk mencari dan menyelamat mangsa kedua yang masih hilang.

Mangsa kedua, Ahmad Uwais Al Qarni, 13, dijumpai hasil pencarian secara selaman oleh komuniti pulau pada pukul 6.30 petang.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Jeti Pulau Tinggi dan diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) untuk dibawa ke Jeti Shahbandar Mersing sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk urusan selanjutnya.

More From Author

Leverkusen tolak tawaran RM633.78 juta dari Liverpool untuk Wirtz

Facundo Garces muka baharu Harimau Malaya