Jojo tewas lagi

KUALA LUMPUR: Harapan sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk kembali ke landasan kemenangan musnah selepas tewas dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, hari ini.

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo terpaksa akur dengan keputusan ‘split decision’ selepas pertarungan tiga pusingan menentang petarung Colombia-Amerika, Diego Paez.

Pertarungan menyaksikan juri pertama memberikan kemenangan kepada Jojo, namun dua juri lain berpihak kepada Paez.

Dengan kekalahan itu, Jojo masih belum menemui sentuhan kemenangan dalam pentas ONE Championship sejak tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan pada 24 Januari lalu.

More From Author

JIM nafi keluarkan garis panduan agihan daging korban

‘Itu jalan pertama dan terakhir’ – Abang reda pemergian adik sekeluarga