Azeem bantu Auburn juarai acara 4×100 meter di NCAA 2025

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4×100 meter pada Kejohanan Balapan dan Padang Persatuan Olahraga Berkolej Kebangsaan (NCAA) 2025, hari ini.

Kuartet Universiti Auburn yang turut dibarisi Kayinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba mempamerkan aksi memukau dengan catatan masa larian 38.33 saat (s).

Tempat kedua dimiliki Universiti Southern California (USC) dengan catatan masa 38.46s, manakala Universiti Negeri Louisiana (LSU) di kedudukan ketiga (38.56s). – MN

More From Author

Masdo, Noh Salleh gegar pentas Festival Muzik OOO 2025!

Lebih 800 sertai IYRC, bertarung jadi jaguh ASEAN