Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidiladha

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Seri Paduka berdua pada masa sama turut menzahirkan doa moga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna dan diberkati serta diterima Allah SWT.

“Jadikan semangat pengorbanan ini terus menyatukan rakyat dalam keharmonian, kasih sayang dan nilai kemanusiaan sejagat,” titah menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini,

Seri Paduka berdua turut mendoakan supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.

More From Author

Rossa bakal ulangi magis konsert Here I Am di Kuala Lumpur

Liga A1 2025/26 lebih menarik, wajibkan 3 pemain bawah 23 tahun