Abdul Hadi dijadual jalani prosedur rawatan esok

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijadual menjalani suatu prosedur rawatan, esok.

Perkara itu dimaklumkan sendiri anak Abdul Hadi, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk memohon semua pihak supaya mendoakan kesihatan dan kesembuhan Abdul Hadi.

“Insya-Allah, Ayahanda Tuan Guru akan menjalani suatu prosedur rawatan pada esok hari, 17 Jun 2025.

“Justeru, saya mewakili pihak keluarga memohon agar didoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ayahanda Tuan Guru,” katanya.

Bagaimanapun, lokasi dan butiran lanjut mengenai prosedur rawatan berkenaan tidak diperincikan.

Memetik laporan Bernama, Muhammad Khalil turut enggan mendedahkan jenis rawatan, keadaan kesihatan dan lokasi ayahnya menjalani prosedur tersebut.

Januari tahun lalu, Abdul Hadi, 77, pernah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – MN

More From Author

Kemasukan bekas KP SPRM aset penting kepada UMNO – Puad

47 warga emas ditipu pakej haji dipercayai masuk Arab Saudi melalui negara ketiga