Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun

PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini, bersamaan dengan 10 Zulhijah 1446 Hijrah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman malam ini menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada hari Sabtu, 29 Mei 2025 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi,” katanya.

Sesi pencerapan melihat anak bulan Zulhijah dijalankan di 28 lokasi di seluruh negara pada petang tadi.

Terdahulu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijjah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. – UTUSAN

More From Author

Kerteh FC-Hakka.clo jadi rakan strategik

Angkara lembu, seorang maut, seorang cedera