Angkara lembu, seorang maut, seorang cedera

KOTA TINGGI: Seorang penunggang motosikal maut,  manakala seorang lagi cedera akibat terlanggar lembu dalam dua kejadian berbeza di Jalan Long Heng-Mawai, malam tadi.

Dalam kejadian 7.30 malam di Kilometer 3, Mohd. Azli Elias, 47,  yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, ketika kejadian mangsa dari tempat kerja di Kim Loong, Mawai menuju ke Felda Aping Barat. 

“Ketika sampai di lokasi kejadian mangsa dipercayai telah melanggar lembu dan disahkan maut di tempat kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Yusof turut memaklumkan tidak jauh dari lokasi kejadian tersebut, seorang lagi penunggang motosikal cedera akibat terlanggar lembu.

“Kira-kira setengah jam selepas kemalangan maut itu berlaku di laluan yang sama, tetapi di lokasi berbeza turut berlaku kemalangan melibatkan motosikal dengan lembu.

“Walau bagaimanapun, mangsa hanya cedera,” katanya. 

More From Author

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun

Rafizi sah letak jawatan Menteri Ekonomi