Kerteh FC-Hakka.clo jadi rakan strategik

Kerteh FC dengan  mengumumkan pelantikan Hakka.clo sebagai Rakan Strategik Rasmi kelab bagi musim 2025 hingga 2027.

Di bawah kerjasama ini, Hakka.clo akan membekalkan pakaian rasmi perlawanan dan pasukan untuk semua skuad Kerteh FC, merangkumi peringkat pembangunan seawal bawah 6 tahun (U6) sehingga ke pasukan utama. 

Pemilihan Hakka Clo sebagai rakan strategik mencerminkan komitmen kelab dalam memperkukuh identiti korporat serta memperluaskan jalinan kerjasama dengan jenama tempatan yang berkualiti dan berwawasan.

“Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik yang bukan sahaja memenuhi keperluan teknikal skuad kami, malah memperkukuhkan usaha membina jenama Kerteh FC secara menyeluruh. Kami percaya nilai dan aspirasi Hakka Clo sejajar dengan visi kelab untuk jangka panjang,” kata Wakil Pemasaran dan Komersial Kerteh FC, Muhammad Yunus Zakariah.

Pengurus Pemasaran, Hakka Clo, Hafiz turut menzahirkan komitmen terhadap kerjasama ini: 

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kerteh FC, sebuah kelab yang progresif dan berakar dalam komuniti. Kami berharap rekaan dan solusi kami dapat menyumbang kepada prestasi dan penampilan profesional kelab di dalam dan luar padang.” katanya

Kerjasama itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam agenda pembangunan Kerteh FC, sambil terus memperkukuh keterlibatan dengan komuniti serta memperluaskan capaian jenama ke peringkat nasional. – MN

More From Author

Bola sepak Malaysia tak layak untuk JDT – Tunku Mahkota Ismail

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun