JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terima mengadap pemilik bersama-sama Chelsea FC, Behdad Eghbali di Istana Pasir Pelangi, hari ini.
Pertemuan berlangsung dalam keadaan mesra dan santai selama kira-kira satu jam.
Pertemuan baginda yang juga
pemilik utama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Behdad membincangkan tentang perkembangan bola sepak.
JDT akan bertemu Chelsea FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pukul 8 malam ini.- MAJESTIC
