Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu, Gabriel Palmero bagi memperkuat barisan pertahanannya pasukan menjelang musim baharu.
Sebelum ini timbul persoalan dakwaan pemain kelahiran Sepanyol itu berlatih bersama JDT sebelum disahkan oleh kelab berkenaan.
Pertahanan berusia 24 tahun itu sebelum ini bersama Kuching City pada musim lalu sebelum kedua-dua pihak mengambil langkah penamatan kontrak secara bersama. – MAJESTIC
