KLUANG: Tiga orang lelaki ditangkap di sebuah kebun pisang di Jalan Kluang – Renggam kerana dipercaya mencuri kabel petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tiga lelaki berusia antara 27 hingga 33 tahun itu berjaya ditahan hasil laporan daripada seorang lelaki yang mengadu tentang kecurian kabel di sebuah kebun durian di Taman Kluang Barat dişini.
Katanga, semua saspek ditahan pada pukul 3 petang semalam melalui serbuan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
“Hasil daripada tangkapan itu, polis berjaya merampas satu longgok dawai besi, satu longgok tembaga (kabel), dua guni mengandungi dawai dan besi, satu alat pemotong kabel yang telah diubah suai dan enam bilah pisau pelbagai saiz dengan anggaran berharga sekitar RM1,200.

“Hasil semakan mendapati semua tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah namun saringan air kencing tidak ada pengaruh sebarang jenis dadah,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 431 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.
“Ketiga-tiga tangkapan kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 2 Disember untuk membantu siasatan,”katanya. – Majestic
