Lantikan politik bukan salah guna kuasa – Perdana Menteri

OHOR BAHRU: Lantikan politik dengan mengangkat individu yang layak seharusnya dibenarkan dan bukan satu bentuk penyalahgunaan kuasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Tegasnya, perkara itu adalah balasan’ yang selayaknya diterima individu terbabit atas jasa dan sumbangan mereka kepada kejayaan parti politik yang menjadi kerajaan.kerana terdapat ramai individu tidak bernama kehilangan kerja dan kehabisan wang ringgit secara sukarela demi menyokong perjuangan mereka.

“Saya teringat, seorang individu dikenali sebagai Pak Kudus di Tanjung Karang. Dia antara individu terawal menyokong saya ketika saya dipecat dahulu berbekalkan pencen RM1,800 sebulan.

“Ada pensyarah akademik, ada doktor pakar yang hilang kerja, kehabisan ratusan ribu ringgit  tetapi tidak pernah minta balasan, sebaliknya menghabiskan sisa hidup secara sederhana sahaja.

“Kita seharusnya beri jawatan kepada individu yang layak, sebagai balasan kepada jasa dan sumbangan berpuluh tahun yang mereka berikan dalam perjuangan parti,” katanya dalam sesi penggulungan Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Menurutnya, PKR merupakan sebuah parti yang dianggotai masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang di negara ini dengan setiap golongan akan diberikan hak sama rata.

“Insya-Allah, kita akan bantu ahli-ahli yang telah berjuang demi parti. Kita parti pelbagai kaum yang serius, induknya mungkin Melayu dan Bumiputera tetapi mewakili semua kaum.

“Orang Cina dan Orang India juga diangkat oleh ahli-ahli Melayu untuk menjawat jawatan Naib Presiden,” ujarnya lanjut.

Presiden PKR itu menegaskan kemenangan anak sulunghta, Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR bukan satu bentuk nepotisme, sebaliknya adalah aspirasi dan kehendak ahli akar umbi.

Katanya, dakwaan pihak yang mengatakan perkara itu sebagai nepotisme adalah  tidak adil terhadap dirinya dan PKR.

“Saya masih ingat, ketika berbaki beberapa jam sahaja saya akan ditangkap polis untuk dipenjarakan, saya tiada pilihan daripada memilih Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan saya.

“Dia juga tidak tahu berapa lama perlu galas tanggungjawab itu. Ketika Nurul Izzah terpaksa tinggalkan universiti untuk sambung perjuangan ini, tiada pula pihak bangkitkan nepotisme ketika itu.

“Tetapi mengapa sekarang disebut nepotisme, Wan Azizah ya, mungkin ketika itu saya pilih kerana terdesak, tetapi Nurul Izzah dipilih (sebagai Timbalan Presiden) oleh ahli, selebihnya kita tawakal kepada Allah,” katanya 

Mengulas tentang keputusan pemilihan semalam, beliau yakin barisan kepimpinan baharu itu mampu menjalankan tanggungjawab dan amanah dengann baik bagi mengangkut PKR ke tahap lebih tinggi.

“Barisan ini tiada cai kerana dua-dua kumpulan kita rangkul. Sekarang semua dalam satu kumpulan, saya yakin barisan ini, dengan sokongan rakyat kita boleh angkat PKR ke tahap jauh, lebih baik kita pernah capai,” katanya.

More From Author

‘Nurul Izzah jumpa saya, rayu bantuan’

Anwar ‘ayah’ semua ahli parti – Nurul Izzah