Wanita maut tersepit

BATU PAHAT: Seorang wanita maut akibat tersepit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Parit Botak, Parit Botak di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Sani Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 9.43 pagi.

Seramai lima anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian pada jarak 18 kilometer.

“Kemalangan melibatkan kereta Perodua Viva dipandu wanita berkenaan dengan motosikal jenis Honda RS150. Pelanggaran itu menyebabkan wanita tersebut tersepit.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang berusia 39 tahun menggunakan peralatan khas namun pegawai perubatan yang hadir mengesahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala penunggang terbabit dibawa ke hospital dengan ambulans sebelum bomba tiba.

Menurut beliau, operasi tersebut tamat pada pukul 10.19 pagi. – Majestic

More From Author

5 wanita Myanmar didenda tipu tawaran kerja

Cadangan ‘tutup’ Penang FC panaskan sidang DUN Pulau Pinang