Budak enam tahun dikelar

BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak tersedar daripada tidur dan mendapati lehernya dikelar di rumahnya di sebuah kampung di Parit Raja di sini hari ini.

Difahamkan semasa kejadian hanya ibu bapa, abang dan kakak mangsa berada dalam rumah dan insiden itu disedari ibunya yang berusia 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu yang dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam pada pukul 9 pagi tadi.

“Semasa berada di rumahnya wanita itu telah tersedar daripada tidur dan mendapati anak lelakinya yang berumur enam tahun mengalami kecederaan di bahagian leher,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kes disasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Jelasnya, siasatan masih di peringkat awal untuk menentusahkan motif kejadian.

Pihaknya menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial dengan membuat hantaran tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa. – Majestic

More From Author

Siasat dari mana sindiket scammer dapat data mangsa

Pekerja Bangladesh diikat, disamun 4 lelaki