Remaja maut nahas tiga motosikal, dipercayai dirempuh penunggang berlumba

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut dalam nahas tiga motosikal di Kilometer 21 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150R dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di tengah jalan dalam kejadian jam 3.35 pagi itu.

“Mangsa kemudian dirempuh dua motosikal lain dari arah sama.

“Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua penunggang lain melarikan diri sejurus kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dua penunggang berkenaan belum dikenal pasti dan dipercayai berlumba ketika kejadian.

“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH

More From Author

Arabella terkejut nama tersenarai Top 10 ABPBH 37

‘Ibarat mati hidup semula’ 4 bulan bekerja sebagai scammer di Kemboja