JOHOR BAHRU: Selepas Segamat dan Kluang, kini giliran pendduduk di Sri Medan, Parit Sulong ‘merasai’ gegaran gempa, petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laman web memberitahu gempa bumi lemah itu berlaku pukul 6.39 petang, kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.
Gempa itu berpusat pada koordinat 1.95 darjah Utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer. – Majestic
