JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah supaya langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dilaksanakan dengan segera membendung kegiatan buli.
Baginda bertitah, langkah itu juga bagi memastikan setiap institusi pendidikan adalah kawasan yang selamat bagi kanak-kanak.
Baginda bertitah demikian selepas berkenaan menziarahi adik Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, yang dilaporkan menjadi mangsa buli dan mengalami gegaran otak sehingga menjejaskan kehidupannya di sebuah hospital swasta, di sini hari ini.
Tunku Mahkota Ismail ditemani Raja Muda Johor, Tunku Iskandar.
Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd. Rahman dan pemain JDT, Arif Aiman Hanafi. – Majestic
