Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun-Yap Roy King menjuarai Kejohanan Badminton Korea Masters di Asan, Korea Selatan, hari ini.
Gandingan itu menundukkan rakan senegara, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik dalam perlawanan akhir yang berkesudahan 21-13, 21-18 dalam masa 31 minit.
Pasangan yang kini menduduki ranking ke-282 dunia itu menjulang gelaran pertama sejak digandingkan oleh ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi.
Dengan kemenangan itu, Kai Wun-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$19,750 (RM80,779) berserta pingat emas. – MAJESTIC
