Sultan Ibrahim terima mengadap Zahid, Onn Hafiz

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini.

Pertemuan selama hampir satu jam itu berlangsung di Istana Pasir Pelang,i di sini.

Semalam, BN meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 dengan memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan.

Lapan lagi kerusi DUN dimenangi Pakatan Harapan (PH).

Difahamkan, Onn Hafiz bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal baharu di Istana Bukit Serene, petang ini.- MAJESTIC

More From Author

Nasib Syed Saddiq ditentukan esok

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor