KLUANG: Bukan pengkhianatan, namun penuhi permintaan warga di Layang-Layang.
Demikian tegas Abdul Mutalip Abd. Rahim, 56, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut yang kini beralih ‘kapal’ daripada Barisan Nasional (BN) ke Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai ini.
Beliau mengakui tidak sedikit pun kesal serta kecewa apabila tidak dicalonkan semula mewakili BN untuk membolehkannya bertanding di kawasan berkenaan.

” Orang Melayu di kawasan ini bertanya kepada saya siapa yang harus mereka pilih apabila tiada calon Melayu di kawasan majoriti Melayu sebelum menyarankannya untuk bertanding sama ada sebagai calon Bebas atau di bawah satu parti lain.
“Jika calon yang dicalonkan oleh BN tempoh hari adalah Melayu tidak mungkin saya melakukan tindakan ini malah saya antara orang yang akan memberikan sokongan sebagai penyandang kerusi DUN Layang-Layang ini,” katanya.
Abdul Mutalip pernah dilantik sebagai Exco Agama dari 2013 hingga 2018 sebelum dipilih semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Layang-Layang pada 2022 hingga tahun ini.
Sebagai anak jati Felda Layang-Layan, beliau sudah sebati dengan kehidupan masyarakat di situ.
Abdul Mutalip sebelum itu bertindak keluar daripada UMNO sebelum menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dicalonkan bertanding di DUN) Layang-Layang dalam PRN kali ini. – MAJESTIC
