KLUANG: Belia dan Anak Muda Kluang akan memberikan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan Mengkibol dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16 esok.
Pengerusinya, Mohd. Hafiz Mohd. Rais berkata, sokongan tidak berbelah bahagi itu diberikan kerana anak-anak muda di kedua-dua DUN ini percaya calon muda ditampilkan oleh BN boleh membawa manfaat kepada golongan itu.
Semua telah terbukti berjaya dilakukan oleh Syed Hussien Syed Abdullah selepas dipiih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota selama 20 bulan bermula September 2024 lalu.
“Sekiranya DUN Mahkota dapat dikekalkan dan Mengkibol berjaya dirampas oleh BN daripada DAP, kita yakin dengan gabungan dua pemimpin muda ini mampu membawa lebih banyak pembaharuan di kawasan bawah pentadbiran mereka
“Atas perkara seperti ini, kami daripada kumpulan pewaris tidak ragu-ragu untuk memberikan sokongan kepada mereka sebagai wakil suara rakyat di kedua-dua DUN ini,”
katanya.
Untuk itu, Mohd Hafiz yang juga Naib Pengerusi Gerakan 4B Negeri Johor mengingatkan golongan belia agar bangun seawal pagi yang boleh pagi esok dan bergerak ke pusat mengundi calon pilihan masing-masing bagi menentukan kemenangan mereka.
Ujarnya, berfikirlah sebaik-baiknya sebelum menentukan pemimpin pilihan agar tidak menyesal kemudian hari kerana memerlukan tempoh 5 tahun lagi untuk ditukar kembali,”katanya. – MAJESTIC
