Tangguh PRN Johor dan Melaka – Ahmad Maslan

KULAI: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan akan membawa usul untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka pada 17 April ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian UMNO Johor berkata, ini kerana keadaan tidak stabil dan ketidaktentuan politik akibat krisis di Asia Barat.

“(Kita mahu adakan) pilihan raya dengan tenangkan? Keadaan tidak tenang (sekarang ini) Saya akan memberi cadangan kepada MKT UMNO yang akan dibuat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka pukul 8 malam, 17 April ini.

“Jadi saya akan mengesyorkan supaya (ditangguhkan). Maka PRN Melaka dan PRN Johor perlu difikirkan, tarikh yang paling strategik. Saya akan mencadangkan kepada MKT nanti,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian dalam sidang akhbar dalam lawatan kerja di Pejabat Jurutera JKR Kulai di sini hari ini.

Katanya, PRN Melaka akan tamat mandat pada November ini manakala PRN Johor pula tamat mandat pada tahun depan.

Jelasnya, cadangan tersebut akan dibawa selepas memikirkan keadaan rakyat yang sedang bergelut akibat kenaikan harga diesel sekali gus tidak sesuai untuk diadakan PRN tersebut.

“Selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, boleh bercakap begitu kalau ketidaktentuan politik yang berlaku di luar sana dan kesusahan rakyat walaupun Johor bagi macam-macam perkara (pelbagai bantuan dan insentif).

“Tapi Johor masih lagi tak dapat nak kontrol harga dieselkan dan harga petrol kemungkinanlah, tak adalah minggu depan nak PRN, itukan pandangan logik politik (alasan tangguh PRN),” katanya.- MAJESTIC

More From Author

Tiga pelajar ditahan curi duit tabung surau, miliki motosikal curi

Pemandu bas buat aksi tidak senonoh riba wanita