JOHOR BAHRU: Sebuah rumah teres dua tingkat di Johor Jaya, di sini dijadikan sebagai pejabat bagi urusan permohonan dan memperbaharui permit kerja warga asing.
Lebih licik, premis itu menggunakan beberapa nama ahli keluarga sebagai proksi untuk mendaftarkan syarikat bagi mendapat kuota pekerja asing.
Pekerja asing tersebut kemudian dibekalkan kepada syarikat lain yang memerlukan dengan jumlah bayaran tertentu.
Malah, bagi mendapatkan untung lebih, semua pekerja itu ‘diikat’ dengan proses permohonan memperbaharui permit mereka wajib dilakukan menerusi syarikat berkenaan dengan bayaran antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi tempoh setahun.
@majesticnews115 Rumah teres jadi pejabat perbaharui permit pekerja asing untung kira-kira RM5 juta #JOHOR BAHRU: Sebuah rumah teres dua tingkat di Johor Jaya, di sini dijadikan sebagai pejabat bagi urusan permohonan dan memperbaharui permit kerja warga asing. Lebih licik, premis itu menggunakan beberapa nama ahli keluarga sebagai proksi untuk mendaftarkan syarikat bagi mendapat kuota pekerja asing. Pekerja #asing tersebut kemudian dibekalkan kepada syarikat lain yang memerlukan dengan jumlah bayaran tertentu. Malah, bagi mendapatkan untung lebih, semua pekerja itu ‘diikat’ dengan proses permohonan memperbaharui #permit mereka wajib dilakukan menerusi syarikat berkenaan dengan bayaran antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi tempoh setahun. Syarikat berkenaan dipercayai mampu meraih keuntungan kira-kira RM5 juta setahun hasil urus niaga tersebut kerana mengawal kira-kira 2,300 pekerja asing di bawahnya. namun, modus operandi tersebut terbongkar hasil aduan awam dan risikan selama tiga hari oleh Jabatan Imigresen Johor. Sumber memberitahu, berdasarkan pengakuan seorang lelaki yang juga majikan dan turut ditahan mengaku tidak tahu keberadaan pekerja asing yang didaftarkan di bawah syarikat itu kerana ia permit bebas, iaitu pekerja asing bebas bekerja di mana-mana tempat. Berdasarkan soal siasat terhadap empat pekerja asing yang turut ditahan dalam premis yang sama mendapati mereka didapati bekerja di Johor Bahru dan daerah lain seperti #Muar dan BatuPahat, malah ada kemungkinan pekerja asing berdaftar dengan syarikat itu turut bekerja di luar Johor. Majikan tersebut ditahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) akta imigresen 1959 dan Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966, manakala empat pekerja asing yang terdiri daripada tiga warga indonesia dan seorang bangladesh ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.
♬ Cinta Tersimpul Rapi Anis Suraya Groovy Remake – Jane in Heaven
Syarikat berkenaan dipercayai mampu meraih keuntungan kira-kira RM5 juta setahun hasil urus niaga tersebut kerana mengawal kira-kira 2,300 pekerja asing di bawahnya.
namun, modus operandi tersebut terbongkar hasil aduan awam dan risikan selama tiga hari oleh Jabatan Imigresen Johor.
Sumber memberitahu, berdasarkan pengakuan seorang lelaki yang juga majikan dan turut ditahan mengaku tidak tahu keberadaan pekerja asing yang didaftarkan di bawah syarikat itu kerana ia permit bebas, iaitu pekerja asing bebas bekerja di mana-mana tempat.
Berdasarkan soal siasat terhadap empat pekerja asing yang turut ditahan dalam premis yang sama mendapati mereka didapati bekerja di Johor Bahru dan daerah lain seperti Muar dan Batu Pahat, malah ada kemungkinan pekerja asing berdaftar dengan syarikat itu turut bekerja di luar Johor.
Majikan tersebut ditahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) akta imigresen 1959 dan Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966, manakala empat pekerja asing yang terdiri daripada tiga warga indonesia dan seorang bangladesh ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.
