Pemotong rumput maut dilanggar pemandu loro lalok

KOTA TINGGI: Seorang pemotong rumput maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah lori di Kilometer 34.5 Jalan Kota Tinggi-Kulai dekat sini hari ini.

Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa, Mohd Yasin Abdul Hashim yang berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 9.30 pagi membabitkan motosikal jenis Yamaha

135LC dan sebuah lori Hino.

“Hasil siasatan mendapati punca kemalangan berlaku apabila lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun membelok kiri tanpa perasan motosikal mangsa di sebelah kiri dari arah yang sama.

“Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan pegawai perubatan yang hadir di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam kenyataan.

Kes tersebut masih dalam siasatan bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga hingga 10 tahun dan denda RM20,000.

Tambahnya, pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.- Majestic

More From Author

Ketua MUDA Kluang umum keluar parti, sertai UMNO

Seorang lagi murid positif tibi