Foto: PDRM Pontian
PONTIAN: Mayat Tan Siang Fook yang dilaporkan lemas ketika memancing bersama-sama anak angkatnya semalam ditemukan terapung malam tadi.
Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 10.30 malam oleh salah seorang warga tempatan yang membantu operasi dan menyelamat.
Matatnya ditemukan terapung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. – Majestic
