Lelaki dikhuatiri lemas, anak angkat selamat

PONTIAN – Seorang lelaki yang keluar memancing bersama-sama anak angkatnya dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari bot di Sungai Parit Bugis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Albert Tan Siang Fook, 56, terjatuh dalam sungai dan hilang, manakala anaknya, Hoa Chen Ho, 9, terselamat.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut pukul 8.34 pagi.

“Pihak polis menerima maklumat berhubung seorang lelaki Cina dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Parit Bugis bersama-sama anaknya

“Laporan polis telah dibuat dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin Wilayah 2.

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Terdahulu tular dalam satu Facebook berkenaan seorang lelaki memohon bantuan orang Kulai untuk mengesan ayahnya yang didakwa terjatuh dari bot ketika mereka memancing.- Majestic

More From Author

Saya seorang survivor: Kanser, cabaran global dan harapan yang tidak pernah padam

Mayat lelaki lemas ditemukan terapung