JDT gigit jari, hanya mampu seri dengan Shanghai Port FC

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya mampu gigit jari apabila diikat tanpa jaringan oleh Shanghai Port FC dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Keadaan tersebut menyebabkan pasukan Harimau Selatan tersebut terlepas peluang meraih mata berharga di laman sendiri.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, JDT tidak menunggu lama untuk menggasak hingga kenpintu gol pelawat menerusi percubaan Bergson Da Silva.

Namun, percubaan enyerang kelahiran Brazil itu gagal menepati sasaran.

Kemudian pada minit ke-4, giliran seorang lagi penyerang skuad Harimau Selatan Jairo Da Silva untuk membuka jaringan, namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Chen Wei.

Selang seminit, JDT sekali lagi hampir membuka jaringan, namun percubaan Nacho Mendez hanya sipi melepasi palang gol.

Minit ke-24 pula, JDT sekali lagi hampir menjaringkan gol, namun percubaan tonggak pertahanan, Antonio Glauder gagal menewaskan Chen Wei.

Pelawat yang sesekali mengasak nyaris mengejutkan tuan rumah apabila percubaan Melendo Oscar gagal sekadar melintas di depan gawang sebelum keluar.

JDT hampir menjaringkan gol pada minit ke-32, namun rembatan deras Nacho Méndez berjaya ditepis keluar Chen Wei sebelum beliau sekali lagi melayangkan badan bagi menepis percubaan Bergson seminit berselang.

Hasil satu serangan balas, penyerang The Red Eagle, Gabriel Souza berjaya melepasi kawalan benteng pertahanan skuad Harimau Selatan itu dengan larian pantas, namun percubaannya berjaya diselamatkan Ahmad Syihan Hazmi.

Tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan pada penghujung babak pertama yang sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan menuju bilik persalinan.

Babak kedua menyaksikanJDT meneruskan asakan-asakan berbahaya ke pintu gol lawan.

Namun, asakan-asakan tersebut dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pelawat.

Skuad Harimau Selatan itu hampir memecahkan kebuntuan pada minit ke-56, namun rembatan Bergson berjaya diselamatkan Chen Wei.

Minit ke-62 menyaksikan percubaan Jairo pulak yang terkena tiang sebelum melantun keluar.

Minit ke-73 menyaksikan JDT hampir membuka jaringan namun percubaan Nacho Mendez dilihat gagal merobek gawang pelawat walaupun Chen Wei telah tertewas.

Penghujung perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terus buntu untuk meledak jaringan dna menyaksikan kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.- Majestic

More From Author

Polis buru orang suruhan along Singapura

Pemandu maut, 3 cedera maut ambulans kemalangan