Rentung dalam kebakaran kilang sampah

KULAI: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran di sebuah kilang sampah di Jalan Seelong, Senai di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Asri Yousri berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut diterima pada pukul 3.40 pagi.

“Susulan itu sembilan anggota dari BBP Bandar Baru Kulai dan BBP Kulai dibantu dua buah jentera Fire Rescue Tender FRT dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kilang separa kekal berukuran 60×80 kaki persegi yang terbakar kira-kira 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kebakaran dapat dikawal
sepenuhnya pada pukul 5.09 pagi sebelum operasi ditamatkan pukul 7.20 pagi.

“Setelah memastikan api padam sepenuhnya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – Majestic

More From Author

Pekerja Rapid maut nahas 3 kenderaan

Tiada bukti sahih Malaysia tersenarai lima negara tertinggi populasi transgender