Pesawat bawa PM Australia buat pendaratan cemas di Missouri – Laporan

MOSCOW: Pesawat Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Amerika Syarikat (AS) selepas seorang anggota kru cedera di dalam pesawat, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik penyiar Australia, SBS.

Albanese dalam perjalanan pulang ke Australia selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump.

Pesawat perdana menteri itu membuat pendaratan kecemasan di St Louis, Missouri, malam tadi, kata SBS, sambil menjelaskan yang terdapat kejadian yang membabitkan seorang kru Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di dalam pesawat.

Anggota kru itu cedera akibat objek yang jatuh dari peti simpanan di atas kepala, menurut SBS dan mangsa mungkin mengalami gegaran otak dan dibawa ke hospital di St Louis.

Pesawat Albanese dijangka menyambung semula penerbangannya ke Australia selepas mengisi minyak. – AGENSI

More From Author

Haaland samai rekod Ronaldo

Hamas kecam Israel kerana gagal buka laluan penting Rafah di Gaza