Pekerja ‘hardware’ maut bertembung kereta 

KOTA TINGGI: Seorang pekerja kedai hardware maut selepas kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tun Sri Lanang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, nahas tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 dengan sebuah kereta Perodua Alza.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 8.15 pagi semasa Perodua Alza datang dari arah Arked Mara Kota Tinggi menuju Bandar Kota Tinggi.

“Motosikal pula dari arah bertentangan. Perodua Alza kemudian masuk ke simpang lalu berlanggar dengan motosikal itu yang bergerak lurus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azirul Farizal Shahputra Abd Wahab, 22, beralamat di Felda Air Tawar 2 di sini cedera parah di bahagian kepala dan serta pinggul disahkan meninggal dunia semasa dirawat di  Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi (HKT).

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.

Pesaah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun.- Majestic

More From Author

Sindiket tayar palsu digempur, kerajaan rugi RM350 juta

Afiq dinobat  Olahragawan Johor