Keluarga murid maut dalam van sekolah failkan saman RM2 juta

JOHOR BAHRU: Keluarga kabak-kanak lelaki yang maut dalam van sekolah di Taman Bukit Indah memfailkan saman terhadap lima pihak termasuk Kementerian Pendidikan (KKM) atas dakwaan cuai selain menuntut ganti rugi lebih RM2 juta.

Teo Jia Meng dan isteri, Yu Yue Yang selaku plaintif, memfailkan saman melalui firma guaman Ng Kian Nam & Partners, dengan menamakan lima defendan iaitu Tadika Perintis Indah, YK Educational Group Sdn Bhd dan Double Tree Transport Sdn Bhd.

Menurut peguam pasangan terbabit, Ng Kian Nam, dua lagi defendan termasuk pemandu van sekolah tersebut, Yau Chee Weng, 57, dan KKM.

Kian Nam berkata, saman tersebut difailkan kerana kecuaian pihak defendan hingga menyebabkan mangsa, Teo Yu Ze yang berusia lima tahun meninggal dunia dalam van sekolah di hadapan tadika tersebut.

Katanya, saman itu juga difailkan kerana mahu menuntut keadilan terhadap kematian Yu Ze.

“Kecuaian defendan pertama, kedua dan ketiga antaranya gagal melaksanakan protokol keselamatan yang paling asas dan sistematik bagi memastikan dan menjaga keselamatan mangsa yang dipertanggungjawabkan kepada jagaan mereka oleh plaintif-plaintif.

“Dedendan pertama dan kedua juga agal untuk memeriksa dan memastikan bahawa mangsa yang dihantar oleh pemandu van sekolah tersebut telah tiba dengan selamatnya di tadika tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini hari ini

Katanya, defendan terbabit juga gagal memaklumkan serta-merta dan mendedahkan kepada plaintif-plaintif status kesihatan mangsa selepas mendapatinya ditinggalkan dan dikunci dalam van sekolah hingga tidak sedarkan diri

Beliau berkata, defendan keempat pula gagal memeriksa keadaan van sekolah selepas menurunkan semua murid lain kecuali mangsa di tadika tersebut walaupun kenderaan itu bersaiz kecil.

“Defendan tersebut juga gagal melaporkan dan berkoordinasi dengan pihak tadika tersebut untuk mengetahui jumlah murid yang dibawa melalui can sekolah itu ke tadika tersebut,” katanya.

Sementara saman terhadap defendan kelima iaitu KKM katanya, adalah kerana gagal mengambil tindakan serta-merta dan tegas terhadap defendan pertama dan kedua selepas kematian mangsa.

Jelasnya, ini termasuk siasatan, penggantungan lesen operasi, pendakwaan jenayah dan lain-lain demi meniaga kepentingan dan keselamatan murid-murid lain di tadika berkenaan.

Kian Nam berkata, tuntutan plaintif-plaintif itu dibuat adalah kerana kehilangan satu-satunya anak mereka, iaitu mangsa yang telah melalui trauma dan penderitaan amat kejam ditinggalkan dalam van sekolah tersebut.

“Maka plaintif-plaintif menuntut ganti rugi khas RM59,301 dan ganti rugi am RM2,030,000 yang semuanya berjumlah RM2,089,000,” katanya.

Kejadian berlaku dalam sebuah van, berhadapan sebuah tadika di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri sini antara 8 pagi hingga 12.05 tengah hari, pada 30 April lalu.

Namun Chee Weng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Jpada 7 Mei lalu atas pertuduhan meninggalkan mangsa sehingga menyebabkan kematian. – Majestic

More From Author

Beri rasuah RM600 kepada pegawai MBIP, peniaga didakwa

Lima tahun kesusahan 103 murid Kampung Perigi Acheh berakhir