PONTIAN: Seramai 84 mangsa banjir melibatkan 24 keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Penerok selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat semalam.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa banjir berkenaan dari Kampung Makam, Penerok dan Kampung Parit Bugis ditempatkan di PPS tersebut yang dibuka pukul 8 malam tadi.

“Hujan lebat menyebabkan banjir kilat. Pemantauan masih dilakukan sehingga kini dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
“Setakat ini hanya sebuah PPS yang dibuka setakat pukul 10 pagi ini,” jelas kenyataan tersebut dalam kenyataan hari ini.- Majestic
