Ayah cari anak kandung, selesai hak penjagaan cucu

BATU PAHAT: Seorang lelaki mencari anak kandungnya setelah terputus hubungan sejak tujuh tahun lalu tanpa diketahui kedudukannya sekarang untuk menyelesaikan hak penjagaan cucu perempuannya secara sah yang berada dibawah jagaannya pada masa ini.

Ismail Merasop,78, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya, Nur Siti Zubaidah,26,
pada penghujung tahun 2018 ketika menjadi wali perkahwinan anak perempuannya itu di Mersing, Johor.

Katanya, selepas mendirikan rumah tangga, anak bongsu daripada dua beradik hasil perkahwinan pertamanya dengan seorang wanita di Pulau Tioman itu telah memilih jalan hidup sendiri tanpa diketahui kedudukan sehingga hari ini.

“Anak saya telah bersalin di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan melahirkan seorang bayi perempuan diberikan nama Sarahfatimah Umairah Abdullah pada 1 Mac 2018,”katanya.

Sepanjang tempoh berpantang selama tiga bulan, Siti Zubaidah tinggal bersama isteri keduanya, Rosmawati Ibrahim,57, di Kampung Parit Kangkar, Ayer Hitam.

Ujarnya, selepas habis berpantang, anaknya itu meninggalkan zuriatnya itu kepada ibu tirinya ketika pergi ke Kluang dengan alasan untuk belajar memandu sebelum tidak pulang terus ke rumah.

“Malah ketika pernikahannya, anak saya itu enggan menerima anaknya untuk dijaga walaupun semua urusan berkaitan mendapatkan surat daftar kelahiran sudah disediakan.

“Kesilapan kami adalah tidak membuat penyerahan secara sah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tentang hak penjagaan cucu saya itu sehingga kini sudah berusia tujuh tahun,” katanya.

Susulan itu, Ismail berharap anaknya Nur Siti Zubaidah dapat pulang ke rumah di Ayer Hitam agar dapat dilakukan penyerahan secara sah melalui JKM agar kebajikan masa hadapan cucunya itu terjamin.

“Dia juga boleh menghubungi saya di talian 012-716 3002 untuk urusan janji temu,” katanya. – Majestic

More From Author

Pemandu lori terbalik selepas Terowong Menora hanya cedera ringan

Dua lelaki Indonesia diberkas seludup dadah RM165,000