Tiada stok, setahun tidak guna minyak peket

KLUANG: Penduduk di kawasan pendalaman termasuk di perkampungan Orang Asli melahirkan rasa terkilan kerana pihaknya sukar untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket dan terpaksa menggunakan minyak masak botol untuk kegunaan memasak.

Malah ada di antara mereka sudah hampir setahun tidak menemui sepeket minyak masak kerana jualannya amat terhad dan hanya diperolehi mereka yang tinggal berhampiran pekan sahaja.

Penduduk Kampung Orang Asli Berasau, Ran Kakau,39, berkata, mereka hanya keluar antara tiga hingga empat hari sekali untuk membeli barang-barang keperluan dapur. – KOSMO ONLINE

More From Author

Kelayakan Piala Dunia: Ronaldo mula tinggalkan Messi

MCA, MIC Johor didesak perjelas pendirian politik