MANILA: Taufan Ragasa dengan kelajuan mencecah 185 kilometer sejam serta tiupan angin kencang sehingga 230 kilometer sejam dijangka menghampiri atau melanda wilayah Batanes atau Kepulauan Babuyan, esok, menurut biro cuaca Filipina, lapor Xinhua.
Dalam buletin 11 pagi, biro itu memaklumkan Ragasa berada 535 kilometer di timur bandar Tuguegarao, Luzon utara dan bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 15 kilometer sejam.
Biro itu memberi amaran Ragasa berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang, sekali gus mencetuskan amaran tertinggi taufan tropika.
Selain itu, ia turut memberi amaran tentang risiko tinggi berlakunya ombak besar setinggi lebih tiga meter dalam tempoh 48 jam akan datang di kawasan pesisir rendah atau terdedah di wilayah Batanes, Cagayan, Ilocos Norte dan Ilocos Sur. – XINHUA
